Friday, 30 December 2016

Doktor PENGSAN Dengar Bayi Baru Lahir Sebut Nama ALLAH Berkali-kali Tanpa Henti.. Gempar Satu Wad Bersalin, Semua Berlari Untuk Melihat.. Lihat Apa Yang Terjadi.


Doktor PENGSAN Dengar Bayi Baru Lahir Sebut Nama ALLAH Berkali-kali Tanpa Henti.. Gempar Satu Wad Bersalin, Semua Berlari Untuk Melihat.. Lihat Apa Yang Terjadi.




kisah seorang bayi yang baru lahir ini berasal dari sirajganj, Bangladesh. Seorang bayi yang baru lahir di kota Sirajganj, Bangladesh mengundang perhatian. Begitu lahir, bayi ajaib anak pasangan Khoda Box dan Rozena Begum itu bisa mengucapkan nama "Allah" secara jelas.


Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Rabb kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka”. [Ali ‘Imran/3:190-191].



وَمَا خَلَقْنَا السَّمَاءَ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا بَاطِلًا ۚ ذَٰلِكَ ظَنُّ الَّذِينَ كَفَرُوا ۚ فَوَيْلٌ لِلَّذِينَ كَفَرُوا مِنَ النَّارِ

Dan kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya tanpa hikmah. Yang demikian itu adalah anggapan orang-orang kafir; maka celakalah orang-orang kafir itu, karena mereka akan masuk neraka. [Shâd/38:27].


Bayi yang baru lahir itu langsung mengucapkan nama ALLAH swt.



itu lahir di Rumah sakit Memorial Moinuddin di Sirajganj, Bangladesh.


Seperti diketahui, Bangladesh merupakan negara berpenduduk mayoritas Muslim. Umat Islam di Bangladesh meyakini fenomena itu sebagai bukti kekuasaan Allah SWT.


Semoga bermanfaat


Sumber : kisahmedia


Wednesday, 28 December 2016

ALLAHHUAKBAR ! Inilah Rakaman CCTV Detik Pembunuhan Keluarga VVIP Yg Dikurung Semalam ! Kesiannya Tengok =(

ALLAHHUAKBAR ! Inilah Rakaman CCTV Detik Pembunuhan Keluarga VVIP Yg Dikurung Semalam ! Kesiannya Tengok =(





Video Detik Detik Mangsa Bunuh 6 Sekeluarga Disumbat Dalam Tandas|Hanya tangisan pilu terdengar apabila rekaman video 11 orang dikeluarkan dari dalam bilik mandi dalam kes bunuh Dodi Triono, 59,dan 10 anggota keluarga lainnya yang melibatkan 6 di antara maut termasuk dua kanak kanak maut.


Mengikut perkembangan terkini pihak Polis Indonesia hari ini, sudah menahan dua lelaki yang disyaki terbabit dalam kejadian itu.


Menurutnya, polis juga sedang mengenal pasti kaitan antara penjenayah terbabit dengan keluarga mangsa serta jumlah penjenayah yang terbabit dalam kejadian itu.


Keenam-enam mangsa itu ditemui mati awal pagi semalam, akibat sesak nafas kerana kekurangan oksigen selepas dikurung sejak pagi kelmarin dalam bilik air seluas 1.5 meter lebar dan 1.5 meter panjang bersama lima lagi yang selamat.


Sheila Putri menghubungi polis dan sebaik polis membuka pintu bilik air itu, enam daripada 11 mangsa sudah meninggal dunia.






Kejadian hanya disedari semalam, oleh seorang saudara perempuan mereka, Sheila Putri , yang mengunjungi rumah itu kira-kira 10 pagi yang terkejut apabila masuk, terdengar suara orang menjerit meminta tolong.


Lima lagi dikejarkan ke hospital kerana lemah serta luka melecet akibat terpaksa berhimpit dalam bilik air itu.


Mereka yang maut itu ialah tuan rumah yang juga seorang arkitek dikenali sebagai Dodi Triono, 59, dua anak perempuannya Diona Arika Andra Putri, 16, dan Dianita Gemma Dzalfayla, 9, dua pemandunya berumur 40-an dan seorang lelaki dipercayai anak teman Dodi.


Mereka yang cedera dan dimasukkan ke hospital ialah seorang wanita dikenali sebagai Emi berumur 41 tahun, seorang lagi anak perempuan Dodi bernama Zanette Kalila Aazaria, 13, dan tiga pembantu rumahnya Fitriyanim, Windy dan Santi berumur antara 22 dan 23 tahun.


'Jangan Sesekali Cuba Salahkan Saya Kalau Saya Robohkan'..Jangan Cabar Saya!!- JAMAL

'Jangan Sesekali Cuba Salahkan Saya Kalau Saya Robohkan'..Jangan Cabar Saya!!- JAMAL



SABAK BERNAM - Pemilik Sekin Fisherman Village Hotel & Resort, Datuk Seri Jamal Md Yunos mengakui telah pun menyewa mesin pengorek dan jengkaut untuk melaksanakan kerja-kerja merobohkan mana-mana bangunan yang didiami tanpa kelulusan di sekitar daerah Sabak Bernam.

Menurut beliau, sekiranya tiada sebarang tindakan penguatkuasaan dilaksanakan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) dan Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam berhubung tanah-tanah didiami tanpa kelulusan, beliau tidak teragak-agak merobohkan premis terbabit.

"Kalau mereka tidak mengambil tindakan dengan apa yang telah saya maklumkan, jangan salahkan saya jika saya mengambil tindakan bersendirian untuk merobohkan  mana-mana bangunan yang didiami tanpa kelulusan.

"Bagaimana sebuah disko boleh beroperasi di Sungai Besar ini sehingga pagi.


"Adakah mereka hanya menunggu arahan daripada menteri besar untuk merobohkan dan menutup serta menyita premis-premis seperti ini," katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Pegawai Daerah Sabak Bernam, Mohd Khairuddin Md Som dan Setiausaha MDSB, Awaluddin Zakaria, pagi tadi.

Jamal berkata, undang-undang perlu ditegakkan di Sabak Bernam memandangkan terdapat kira-kira sembilan pusat judi dan 40 rumah urut termasuk karaoke beroperasi di sekitar daerah itu.

"Sesiapa yang menduduki tanah rizab kerajaan dan tidak berlesen robohkanlah dan perlu diambil tindakan, janganlah tempat saya sahaja... mesin judi, karaoke takkanlah boleh terlepas pandang.

"Saya pertikaikan berapa banyak laporan dan aduan penduduk di sekitar Sabak Bernam terutama di taman-taman perumahan tentang masalah ini," katanya.

Beliau juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Jumaat ini.

"Kalau ada salah laku, jawablah... saya tak nak tuduh sesiapa," katanya.

Ditanya kerugian dialaminya selepas 11 struktur bangunan resortnya yang masih dalam pembinaan dirobohkan pihak berkuasa, Jamal berkata, kos pembinaam sahaja bernilai kira-kira RM308, 000.

"Saya melakukan pinjaman keseluruhannya melalui sebuah bank dan bayar secara bulanan.

"Kos untuk membina bangunan tersebut sahaja, satu bangunan kosnya sebanyak RM28, 000... bayangkanlah, kalau 11 bangunan itu dan ini tak masuk lagi kos penyelenggaraan lain," katanya.

Mengulas berhubung dengan pertemuannya dengan pihak berkuasa, Jamal berkata, pegawai terbabit telah menjelaskan kepadanya berhubung tindakan menyita resortnya dan merobohkan struktur bangunan bersebelahan resort berkenaan.

"Saya tak marah pun pegawai-pegawai MDSB dan Pejabat Daerah Sabak Bernam kerana mereka hanyalah pegawai kerajaan yang hanya menjalankan tugas dan mengikut arahan.

"Tetapi, saya ingin mempersoalkan baru selepas sehari saya membuat protes berhubung isu ketiadaan bekalan air dengan memakai tuala untuk menumpang mandi di pejabat MB (menteri besar), keesokannya bangunan yang telah saya dirikan selama lima tahun ini dirobohkan dan disita.

"Ini bukan secara kebetulan, kenapa tak sebulan dulu... tak setahun dulu, kenapa tak sehari sebelum itu lagi?," soalnya.

Jamal dengan nada sinis menegaskan, beliau tidak marah dengan tindakan penguatkuasaan itu malah berterima kasih kepada MDSB dan Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam.

"Tetapi persoalannya, kenapa Jamal sahaja diambil tindakan?.

"Pada Jumaat lepas, saya dapati terdapat tiga kedai mesin judi terang-terang beroperasi di Sekinchan tanpa diambil tindakan," katanya.


Tuesday, 27 December 2016

VIDEO M3NGERIKAN GADIS CANTIK KENA R@SUK,LIHAT YANG TERJADI SANGAT MENGEJUTKAN!!

VIDEO M3NGERIKAN GADIS CANTIK KENA R@SUK,LIHAT YANG TERJADI SANGAT MENGEJUTKAN!!



VIDEO MENGERIKAN GADIS CANTIK KENA RASUK | satu video yang Cukup mengerikan dan menyeramkan,tidak pasti apa yang terjadi dan berlaku keatas wanita ini dan beberapa yang lain,difahamkan mereka ini telah dirasuk roh semasa mereka menjalani satu upacara keagamaan. kata sumber..


apa pun anda boleh melihat sesuatu yang sangat mengejutkan dalam video.

AMARAN YANG DARAH TIDAK KUAT JANGAN TENGOK.


Inilah 6 foto wajah terbaru ibu Datuk Aliff Syukri yang tidak pernah didedahkan selama ini

Inilah 6 foto wajah terbaru ibu Datuk Aliff Syukri yang tidak pernah didedahkan selama ini




Ini ialah ibu kepada pengasas tagline ‘Terlajak Laris’, Datuk Aliff Syukri. Puan Rozita Ibrahim berasal dari Sungai Besar, Selangor dan dibesarkan di Gemas, Negeri Sembilan.

Beliau merupakan anak sulung dari enam adik-beradik adalah anak kepada pasangan guru agama dan suri rumah.


Beliau menamatkan zaman gadisnya pada usia 18 tahun tetapi jodoh tidak panjang. Perceraian itu menyebabkan beliau sehingga dipulaukan oleh keluarga. Dengan status ibu tunggal dan tidak berpelajaran tinggi, Puan Rozita Ibrahim gigih membesarkan anak-anaknya.



Sebelum beliau bergelar jutawan pada hari ini, anaknya pernah diberi minum sirap bagi menggantikan susu seawal usia 3 bulan dan membeli baju lelong berharga RM0.50 setiap satu sebagai baju raya anak-anaknya. Ia tidak berhenti setakat itu sahaja apabila salah seorang anaknya meninggal dunia kerana tiada wang untuk mendapatkan rawatan terbaik bagi menyembuhkan keadaaan anaknya.Kehidupannya yang susah itu telah membentuk jati diri yang kuat di dalam diri Puan Rozita Ibrahim. Pengalaman bekerja sebagai penoreh getah yang keluar menoreh seawal 1 pagi, bekerja di kilang, menjadi penyambut tetamu dan eksekutif promosi dan pemasaran serta menjalankan perniagaan jualan langsung telah memberikan pengajaran yang bermakna dalam membentuk empayarnya.



Puan Rozita Ibrahim menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjual surat khabar, majalah dan nasi lemak dengan menggunakan motosikal. Setelah itu, beliau menggandaikan barang kemasnya untuk memulakan perniagaan herba dengan modal RM400. Herba-herba itu dijual secara direct selling dari rumah ke rumah.

Bagi meyakinkan para pelanggannya, Puan Rozita Ibrahim sendiri yang mencuba produk herba itu dan menjadi testimoni pertama produknya. Maka, beliau menggemukkan badan sebanyak 3 kali dan memakan produk herba tersebut sehingga memberikan hasil yang memuaskan.
























20 Gambar Wanita Islam Rohingnya Dir0gol Tentera Myamar Bergilir-gilir Manakala Kampung Halaman Serta Lelaki Dibakar Hidup-hidup

20 Gambar Wanita Islam Rohingnya Dir0gol Tentera Myamar Bergilir-gilir Manakala Kampung Halaman Serta Lelaki Dibakar Hidup-hidup




20 Gambar Wanita Islam Rohingnya Dirogol Tentera Myamar Bergilir-gilir Manakala Kampung Halaman Serta Lelaki Dibakar Hidup-hidup




Mereka menjadi mangsa rogol beramai-ramai oleh pengawal kem berkenaan. Pendedahan itu dibuat oleh seorang wanita Rohingya, Nur Khaidha Abdul Shukur, 24, yang ditahan selama lapan hari bersama anaknya yang baru berusia beberapa bulan di kem transit itu.




"Setiap malam, dua atau tiga wanita muda Rohingya yang agak cantik, akan dibawa keluar dari kandang tahanan dan dibawa ke tempat tersembunyi oleh pengawal-pengawal kem itu." "Wanita itu dirogol beramai-ramai oleh mereka (pengawal kem), malah di dalam kem itu, ada dua wanita muda yang telah mengandung dipercayai akibat perbuatan pengawal itu," katanya kepada wartawan BERNAMA menerusi penterjemah di sini hari ini.



Menurut Nur Khaidha, ada juga di antara wanita-wanita itu yang "dibawa" oleh pengawal-pengawal kem berkenaan selama beberapa hari untuk menjadi mangsa kebuasan seks mereka. "Mereka (wanita) akan 'hilang' selama dua hingga tiga hari selepas dibawa oleh pengawal itu. Selepas mereka dikembalikan ke kandang, saya tidak bertanya tetapi saya tahu apa yang telah terjadi kepada mereka."



"Dari raut wajah mereka, kita tahu," katanya dan menambah, wanita-wanita yang ditahan dalam kandang itu tidak dibenarkan bercakap di antara satu sama lain, atau akan dipukul. Kedua-dua wanita Rohingya yang mengandung dipercayai akibat dirogol pengawal itu, kata Nur Khaidha, telah ditahan di kem transit itu lebih daripada enam bulan. Katanya, di dalam kem transit itu di mana beliau ditahan pada tahun lepas, terdapat 15 wanita Rohingya mangsa sindiket itu, dengan lima daripada mereka mempunyai anak-anak kecil. Kelima-lima yang mempunyai anak itu turut ditahan di dalam kandang bersama-sama anak mereka, tetapi tidak diapa-apakan oleh pengawal terbabit. "Mungkin kerana kami mempunyai anak-anak kecil, maka pengawal-pengawal tidak bertindak merogol kami.



Tetapi walau apapun, saya berdoa setiap hari agar tidak menjadi mangsa rogol mereka," katanya. Nur Khaidha yang berasal daripada Maungdaw, Myanmar memberanikan diri menyeberangi Laut Andaman menaiki bot ke Malaysia bersama-sama anak kecilnya untuk menjejaki suaminya. Beberapa bulan sebelum itu, suaminya, Nurul Amin Nobi Hussein, 25, telah menaiki bot dari Maungdaw ke Ranong, Thailand, dalam usahanya untuk menjejakkan kaki di Malaysia. Tanpa diketahui oleh isterinya, beliau turut ditahan oleh sindiket pemerdagangan manusia di kem transit mereka di Bukit Wang Burma, Wang Kelian. Berbanding Nur Khaidha yang ditahan selama lapan hari di kem transit di Padang Besar, suaminya pula telah ditahan di kem di utara tanah air itu selama 22 hari, sebelum nekad melarikan diri.


Nurul Amin yang kini bekerja di sebuah bengkel di Alor Setar berkata, keinginan mencari kehidupan yang lebih baik membuat beliau, isteri serta anak lelaki mereka bertaruh nyawa menaiki "bot-bot maut" ke Malaysia. Sama seperti yang didedahkan oleh isterinya, Nurul Amin turut menceritakan kisah wanita Rohingya itu dirogol.


"Pada waktu malam, beberapa pengawal akan datang ke kandang-kandang yang menempatkan wanita itu dan menarik keluar mereka ke suatu tempat berdekatan." "Kami mendengar teriakan dan tangisan wanita-wanita itu kerana tempat di mana mereka dirogol amat hampir dengan kandang kami...cuma kami tidak dapat melihat," katanya.


Kini hampir setahun berlalu, Nurul Amin dan isterinya, bersyukur kerana telah bebas dari azab dan sengsara di kem-kem pemerdagangan manusia. Mereka tekad memulakan hidup baru. - BERNAMA


[Video Dan Gambar] Kronologi Pembunuhan 6 Sekeluarga Golongan VVIP

[Video Dan Gambar] Kronologi Pembunuhan 6 Sekeluarga Golongan VVIP



Gambar Dan Kronologi Pembunuhan 6 Sekeluarga Golongan VVIP|Pihak polis masih belum menemukan punca Kes pembunuhan 6 sekeluarga dari golongan VVIP yang juga merupakan pemenang projek GBK senayan jakarta.pulomas jawa timur

6 Orang disahkan meninggal 5 cedera dalam kejadian pembunuhan itu,menurut siasatan terkini tiada barang hilang dalam rumah mewah berkenan,diduga pembunuhan tersebut bermotifkan dendam.

Mangsa Hidup yang bernama Zanette Kalila Azaira 13 (Anet) anak Ir Dodi Triono menceritakan kronologi kejadian,ketika perampok datang kerumah mereka ayahnya Ir Dodi Triono tidak berada di dalam rumah.

Tidak lama selepas itu ayahnya datang dan perompak merampas semua handphone mangsa serta di acukan senjata api.

Ir Dodi Triono kemudian di pukul dan ditetak hingga tidak sedarkan diri,11 mangsa yang berada dalam rumah itu di sumbat di dalam bilik mandi berukuran 1,5 meter beberapa diantara mangsa wanita dan kanak kanak juga di rendam dalam thup mandi sebelum mulutnya di bekap.



Dengan keterbatasan bicara anet menceritakan suasana kepanikan mereka yang di kurung dalam ruangan gelap berukuran 1,5 meter yang tidak memiliki lubang udara itu,kakaknya sempat berteriak dan menggigit tangan Anet karena kakaknya itu susah untuk bernafas.

Sesekali ia mendengar suara kakak dan adiknya mengerang hingga meninggal dunia kerana kehabisan oksigen.

Menurut keterangan mangsa mereka dikurung sejak isnin 26.12.2016 petang dan di temukan Pada 27.12.2016 jam 9:35 malam.

Sementara hasil bedah siasatan menemukan kesemua mangsa yang mati,meninggal karena kehabisan oksigen akibat di kurung dalam bilik mandi berkenan.

Suara rintihan dari dalam bilik mandi.

Pada selasa 27.12.2016,sekitar jam 09:25 Sheila puteri memutuskan untuk kerumah dodi karena diona rakannya tidak dapat dihubungi sejak isnin 26.12.2016 petang kerana mereka merancang untuk keluar makan malam.

Sheila yang datang ketika itu,rumah mangsa dalam keadaan tidak berkunci,dan ia mendengar suara rintihan dari dalam biik mandi.

Sheila kemudian takut dan berlari mengadukan perkara itu kepada pengawal perumahan elit berkenan dan mengadukannya kepada pihak polis.

Mendengar rintihan dari dalam bilik mandi,pihak polis terpaksa membuka pintu yang berkunci dengan cara di paksa dan menemukan 11 mangsa dalam keadaan bertumbuk dan bertimbun.

Motif pembunuhan

Hingga kini pihak polis menduga pelaku berjumlah 3 orang sesuai dengan keterangan mangsa selamat serta rekaman CCTV.

Sementara ketua perlindungan anak KPAI indonesia Erlinda yang juga rakan Ir Dodi Triono juga menyebut ada dendam di sebalik pembuhan itu .

Pun beliau enggan mengulas lembih lanjut,kerana pihak polis masih lagi mengembangkan siasatan.

“Disebalik pembunuhan kejam ini,tersimpan satu cerita yang luar biasa,namun dengan segala hormat,saya tidak bisa menceritakan itu”katanya

Gambar pembunuhan 6 sekeluarga di pulomas













TERKINI ! SAH ! 6 Sekeluarga VVIP Maut Dikurung ! Allah... Allah... KEJAMNYA ! Allahu ! Rupanya ini identiti sebenar keluarga ni ! Memang zalim !

TERKINI ! SAH ! 6 Sekeluarga VVIP Maut Dikurung ! Allah... Allah... KEJAMNYA ! Allahu ! Rupanya ini identiti sebenar keluarga ni ! Memang zalim !




Jakarta: Enam sekeluarga, termasuk dua kanak-kanak maut selepas dikurung sehari semalam bersama lima lagi yang selamat dalam sebuah bilik air kecil di sebuah rumah di Pulomas Utara, Pulogadung, Jakarta Timur di sini.


Keenam-enam mangsa itu dipercayai meninggal dunia awal pagi tadi, akibat sesak nafas kerana kekurangan oksigen selepas dikurung sejak pagi semalam dalam bilik air seluas 1.5 meter lebar dan 1.5 meter panjang itu.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Residen Jakarta Timur Sapta Maulana berkata, semua yang maut dan selamat itu ditemui sekepas polis menerima laporan mengenai kejadian itu pagi tadi.


"Kesemuanya sebelas orang dikurung perompak dalam bilik air yang kecil dan pintu bilik air itu dikunci dari luar sejak Isnin," katanya dipetik media dalam talian tempatan hari ini.



Beliau berkata, kejadian itu hanya disedari hari ini oleh seorang saudara perempuan mereka yang mengunjungi rumah berkenaan pagi tadi.



Katanya, saudara mereka, Sheila Putri yang kebetulan mengunjungi rumah itu kira-kira 10 pagi, terkejut apabila pintu pagar dan pintu rumah berkenaan terbuka luas dan apabila masuk, terdengar suara orang menjerit meminta tolong.



Sheila Putri menghubungi polis meminta bantuan dan sebaik polis membuka pintu bilik air itu, enam mangsa sudah meninggal dunia.



Lima lagi dikejarkan ke hospital kerana lemah serta luka melecet akibat terpaksa berhimpit dalam bilik air itu.



Katanya, mereka yang maut itu ialah tuan rumah yang juga seorang arkitek dikenali sebagai Dodi Triono, 59, dua anak perempuannya Diona Arika Andra Putri, 16, dan Dianita Gemma Dzalfayla, 9, dua pemandunya berumur 40-an dan seorang lelaki dipercayai anak teman Dodi.



Mereka yang cedera dan dimasukkan ke hospital ialah seorang wanita dikenali sebagai Emi berumur 41 tahun, seorang lagi anak perempuan Dodi bernama Zanette Kalila Aazaria, 13, dan tiga pembantu rumahnya Fitriyanim, Windy dan Santi berumur antara 22 dan 23 tahun.


Polis setakat ini belum mengesahkan barangan yang telah dirompak dan masih meneruskan siasatan serta mengumpul bukti.







































6 sekeluarga maut 5 cedera dalam pembunuhan rompak di sebuah rumah mewah Pulomas jakarta timur,6 sekeluarga berkenan dipercayai dibunuh dengan cara disumbat dalam bilik mandi gelap tanpa ada lubang udara.



Mangsa meninggal adalah Ir Dodi Triono (59) yang merupakan seorang arsitek serta dua puterinya Diona Arika Andra Putri (16) dan Dianita Gemma Dzalfayla (9); Amel, rakann Gemma; serta dua pemandu bernama Yanto dan Tasrok.


Sementara mangsa hidup adalah Emi, Zanette Kslila Azaria, Santi, Fitriani dan Windy.


Menurut sumber 6 orang maut dengan cara direndam dalam thup mandi sebelum dikurung, dalam ruangan itu bersama 5 lagi mangsa hidup.



Kejadian dan perampokan itu diketahui setelah Sheila Puteri ahli keluarga yang berkunjung kerumah itu mengadukan kejadian kepada pihak polis sekitar jam 09.25 pagi bahwa terjadi satu perampokan dirumah mewah yang mereka duduki.



Dianita Gemma Dzalfayla (9) bersama kakaknya Zanette Kalila Azaira 13



Pihak polis yang terus kelokasi kejadian mendapati bilik mandi terkunci dari luar dan menemukan 11 orang di dalamnya 6 orang sudah meninggal manakala 5 lagi masih hidup dalam keadaan cedera.



Bagaimanapun hingga kini Polda Metro Jaya, Kombes Raden Prabowo Argo Yuwono mengatakan perompakan dan pembunuhan tersebut dilakukan oleh sekumpulan lelaki,hingga kini pihaknya masih lagi mengembangkan siasatan dan cuba untuk meminta keterangan dari mangsa yang selamat.


“Mak, Tolong Doa Chek Nak Pakai Kereta, Nak Beli Rumah. Mak, Tolong Doa Chek Nak Kahwin!”— Lan Pet Pet

“Mak, Tolong Doa Chek Nak Pakai Kereta, Nak Beli Rumah. Mak, Tolong Doa Chek Nak Kahwin!”— Lan Pet Pet



Lan Pet Pet tidak mahu manusia sesat dalam ketawa, “Ini pesanan saya, sesiapa yang masih ada emak, tolonglah jaga emak. Doa emak itu sempurna…”


Oleh: Salina Ibrahim



BAGAIMANA Lan Pet Pet bermula sebagai pelawak? Dari mana datang bakat berlawak itu?

Waktu kecil, saya pandai buat bunyi trompet. Pet pet pet pet! Biasanya orang guna daun, guna straw tetapi saya hanya guna tangan. Apabila dapat bunyi, saya tone melodi. Abang saya bekerja dalam band polis, mengajar saya menyelaraskan bunyi dengan tiga asas; high, medium dan low. Lagu pertama yang saya bawa ketika buat show, lagu 'Hawaii Five-O'. Kemudian saya belajar pula lagu 'Kasih'.



Pada tahun 1994, saya menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan dan mendapat tempat kedua. Sebelum itu saya berjanji dengan emak, menang atau kalah, saya hendak buat kenduri untuk anak yatim. Saya ke KL bukan untuk glamor tapi semata-mata mahu cari kerja.



Saya pernah buat macam-macam kerja. Ikut orang tarik kereta, pasang kabel, pecah rumah, hahaha, buat rumah, pecah rumahlah tu, pang pang pang! Kemudian saya jadi technician buat tangki antiseptik di Langkawi.




Bagaimana terdetik masuk 'Sinaran Pasport Kegemilangan'?


Kecil-kecil dahulu jika ada program bakat di sekolah, memang saya sapu habis. Saya minat menari sampai karpet di rumah emak koyak. Marah emak, “Hang menari sampai koyak karpet aku, beli mahai ni, bayaq bulan-bulan. Duit Benggali pun tak habih bayaq lagi.”



Saya balas, “Takpa mak, nanti kalau chek ada rezeki, chek ganti karpet mak.”



Saya berjanji dengan emak, saya datang ke KL bukan untuk cari glamor tetapi semata-mata mencari rezeki. Saya pegang itu hingga hari ini. Mana-mana kawan rapat yang tahu perangai gila-gila saya, akan kata, “Lan Pet Pet memang begitu, dia memang natural.” Kalau ada Kak Rubi, dia boleh jelaskan lagi, katanya, “Abang Lan memang natural life.”



Kalau muzik bergema dan ada bunyi trompet, itu tandanya saya sedang berseronok.



A photo posted by RubyCheWan (@rubychewan) on


Bagaimana kumpulan Senario terbentuk? Lan Pet Pet sebelum itu solo. Azlee juga solo. Sementara Wahid, Ilya dan Hamdan satu kumpulan. Bagaimana terbentuknya 'chemistry' dalam kumpulan?



Akhir tahun 1995, TV3 memanggil kami menjadi staf TV3. Dalam hal ini, kami harus mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Kak Zah (Azizah Mohamad). Beliau panggil kami duduk sekali, bersembang, bersuai kenal dan berbincang.



Dari situ, kami buat show di Minggu Setiausaha. Nik Ramzi kata, kami boleh buat satu program. Tan Guat Eyu ambil tugas itu dan membuat program tiga episod pengenalan, iaitu 'Senario Rajin Adik Rajin', 'Umar Asmara', 'Jejak Kasihan' dan kemudian bersambung-sambung terus.


A photo posted by RubyCheWan (@rubychewan) on


Bagaimana dapat nama 'Senario'?



Idea datang ketika kami duduk berbincang bersama-sama. Shamsul Ghau Ghau cadangkan nama Sinaran Riuh tapi nama itu rasa tidak kena. Kemudian dia sebut senario. Dalam kamus, maknanya suasana.



Berkat cadangan dia agaknya, setiap kali pergi umrah, saya jumpa dia. Dia tanya, “Pasai apa hang mai umrah kerap sangat?” Saya balas, “Aku rindu.” Katanya, “Aku pun sama. Rindu Masjidil Haram. Rindu Rasulullah SAW.”


Dirakamkan di hadapan audiens? Bagaimana rasanya?


Pertama kali, huh, gugupnya, rasa nak terkencing, nak terberak semua ada! Maklumlah hadapan orang. Dalam latihan, kami saling menyulam idea berdasarkan pengalaman masing-masing, jadilah 'Senario'. Ketika itu, orang tidak kenal 'Senario'. Orang tahu Lan Pet Pet, Azlee dan lain-lain tapi tidak tahu 'Senario'.



Sehinggalah akhirnya, orang panggil Apek Senario, Yassin Senario, Azlee Senario, Wahid Senario, hanya saya seorang yang bukan 'Senario'. Orang terus panggil saya Lan Pet Pet. Tak pernah saya dipanggil Lan Senario. Sebabnya, nama Lan Pet Pet sudah bermula sejak dari kampung lagi.






Ketika Senario menjadi fenomena dan 'top', bagaimana rasanya pertama kali jadi popular, dikenali dan jadi perhatian di mana-mana?


Saya tak tahu anggota 'Senario' yang lain. Saya sendiri selalu berfikir, hidup biar berjasa. Pergi mana-mana pun saya tetap begini. Emak saya selalu kata, “Jangan lupa diri, jangan lupa diri, jangan lupa diri. Buat bagi orang suka. Buat bagi orang ‘gila’ kat hang. Orang nak kata apa pun, katalah. Janji orang suka kat hang, orang happy. Aib orang jangan cerita, duk diam-diam."



Mak saya orang hebat. Saya seorang sahaja liar. Bukan liar apa, disuruh ke sekolah tak mahu, sudah tua-tua begini baru nak ambil balik apa-apa yang emak dan pak cakap. Arwah pak saya kata, “Hanya orang tertentu saja yang kenai hang. Yang tak kenai hang, akan kata hang gila. Tak apa. Hang maintain saja.”


Kali pertama meraih populariti, terkejut tak?


Pada kami, memang terkejutlah. Kami hanya fikir bahawa kami buat show di hadapan orang. Tetapi semua show itu dirakam dan ditayangkan. Orang menunggu setiap minggu, Sabtu, pukul 4.00 petang. Hal itu sudah jadi semacam kerja bagi saya. Bak lirik lagu 'Senario', “Bayangan gurau, aksi anda jadi paparan.” Kami pegang karakter masing-masing dan tahu jalan cerita, maka itulah jadi top.






Pernah rasa rimas dan tertekan dengan populariti yang diraih?


Memang tak senang duduk, ke mana-mana pergi, orang ambil gambar. Pernah suatu ketika, seorang budak kecil datang dan pukul belakang saya dengan kayu. Masa itu, rasa macam nak tumbuk balik.



Apabila balik berbincang dengan kawan- kawan, “Kenapa budak yang minat kita, pukul kita?” Oh! Saya mengerti, “Orang minat tapi nak pegang tak boleh. Tapi apabila terlalu minat, aku tumbuklah hang sebab hang bagi aku gelak!”



Banyak anak yang sudah besar, apabila berjumpa saya berkata, “Abang Lan, saya membesar dengan Senario. Banyak ilmu saya dapat.”



Dahulu, banyak orang tolong kami, antaranya Sarjan Jamil, dialah coach kami dan kami ikut sahaja arahannya.


Sukarkah hendak mempertahankan populariti?


Saya tak berfikir hendak glamor. Saya fikir diri saya tidak punya apa-apa. Sebab saya ingat janji dengan mak ketika saya keluar dari rumah untuk ke KL, iaitu saya hanya hendak cari makan.



Sebelum saya menyertai 'Senario', saya sudah popular di kampung. Di mana-mana sahaja, orang panggil saya Lan Pet Pet. Saya pernah wakafkan basikal saya kepada sesiapa yang hendak guna. Saya ke pekan dan tinggalkan basikal, sesiapa hendak guna, gunalah. Mak saya nampak orang naik basikal saya, dia hairan, “Laa, itu basikal Lan!”



Memanglah basikal Lan. Lan wakafkan, tapi apabila habis waktu kerja, basikal itu ada di tempatnya. Di kampung dalam hal menolong orang, memang saya suka. Sejak kecil hingga besar, saya memang tidak suka tengok orang berada dalam keadaan stres.


A photo posted by RubyCheWan (@rubychewan) on


Kenangan tak dapat dilupakan pada zaman kegemilangan 'Senario'?


Sama ada kenangan manis, pahit, 'Senario' kekal atau tidak, saya bersyukur kerana dapat bertemu dalam team 'Senario'. Hingga hari ini, saya tetap ingat. Saya cakap pada emak, “Chek suka kerja sambil berhibur.”



Emak kata, “Hang pi KL, dapat kut.” Saya anak bongsu. Bukan setakat manja, tetapi emak juga reference saya. Waktu kecil, saya nyaris mati lemas pada waktu senja, sejak itu kalau emak kata apa-apa, saya tidak berani melawan.



Pergi ke mana-mana pun, saya minta emak tolong doakan. “Mak, tolong doa chek nak pakai kereta. Mak tolong doa chek nak beli rumah. Mak tolong doa chek nak kahwin.” Saya berkahwin pada 2008 dan alhamdulillah sudah lapan tahun.



Senario terkenal selama berbelas tahun, dengan sitkom, album, filem, juga minuman. Pendek kata, Senario di mana-mana. Menjadi jenama yang besar. Apakah cabaran dalam mengekalkan populariti itu?


Pihak pengurusan TV3 yang maintain. Kami dahulu adalah staf TV3, ada nombor staf, ada SOSCO dan KWSP. Apabila sudah stabil, sudah ada otak, kami jalan ikut cara masing-masing. Kami beritahu kepada TV3, terima kasih kerana cungkil bakat kami, beri kami kerja, hantar kami ke kelas vokal, kelas penampilan, hantar buat umrah dan macam-macam lagi.



Banyak yang kami belajar, cara bercakap, penampilan, juga pemakanan. Ketika itu semua pembayaran diuruskan oleh TV3. Kami sepakat semuanya. Kami juga ada KPI ketika itu. Sekarang, semuanya kena buat sendiri. Alhamdulillah, sekarang isteri saya uruskan kerjaya seni saya.


A photo posted by RubyCheWan (@rubychewan) on



Zaman kegemilangan Senario sudah berakhir. Komen?


Kami tidak minta jadi nombor satu dalam Malaysia. Kumpulan 'Senario' pelawak nombor satu di Malaysia; itu orang yang letak. Tetapi lepas dapat title itu, kami kena alert, ke kedai kopi tidak boleh lagi berlawak sembarangan.



Orang tegur, “Lan, buat lawak sekali.” Saya balas, “Saya minta maaf bang. Saya dalam TV saja, di luar saya jadi biasa saja."



Respectation! Pergi ke mana-mana, kalau sebut pelawak, perlu ada respectation. Peminat ini kadangkala waktu kita hendak makan pun, dia terjah minta bergambar, saya pun kata, “Bolehlah...” Kalau ikutkan, waktu makan, adalah waktu menghadap rezeki Allah SWT, tapi saya fikir tidak mengapalah sempurnakan hajat orang.






Menjadi seorang pelawak, bermakna privacy sudah tiada. Berbaloikah mengorbankan 'privacy'?


Seperti saya katakan, janji saya dengan emak, saya ke KL semata-mata untuk cari kerja. Di balik semua itu, hidup saya sampailah mati, saya mahu berjasa dengan orang. Arwah pak pernah kata, “Bagus. Sampai hari ini aku tau hang berjasa. Banyak jasa hang buat, hanya orang tertentu yang tau. Apa pun hang 'maintain' diri macam ni.”



Ustaz juga kata, hidup mesti seimbang, jangan hambat sana sini. Antara diri kita, orang, hidup sendiri, keluarga, masyarakat, makan, kewangan, kesihatan, semua itu kena jaga.



Saya amat berterima kasih pada Datuk Fadzilah Kamsah dan Ustaz Zawawi Yusoh yang banyak membantu saya. Kata Ustaz Zawawi, “Saya suka cara Lan bercakap. Lan punya cara macam Ustaz Daud Che Ngah. Dahulu dalam program agama RTM, saya suka Ustaz Daud.” Betulkah saya macam Ustaz Daud? Saya tonton YouTube, “Ehhh, yalah!”



Kita ini ramai pemerhati. Saya tidak tahu sama ada cara saya disukai orang atau tidak. Saya minta ampun maaf jika ada mana-mana yang tidak kena. Saya tak sempurna. Saya ucapkan terima kasih kepada media cetak dan elektronik kerana menjadikan 'Senario' kumpulan lawak nombor satu. Memang banyak ilmu yang kita dapat apabila kita berjumpa ramai orang. Ambil ilmu saja, tapi jangan ambil kesempatan.



Pak pernah pesan, “Jangan ambil kesempatan walaupun hang ada nama. Jangan pi minta sponsor sesuka hati.”



Saya tak buat begitu, saya tak reti pun. Memang ada yang minta saya jumpa orang yang saya rapat untuk dapatkan tandatangan, dengan janji akan berikan saya RM2 juta. Saya beritahu isteri, kalau saya buat begitu, hubungan saya dengan orang yang saya rapat itu akan habis.



Saya orang kampung, orang susah, saya tak reti ambil kesempatan. Orang tua kata jangan lupa diri. Apa pun, syukur alhamdulillah. Kita bagi orang puas hati, kita jaga hati orang.



A photo posted by RubyCheWan (@rubychewan) on


Apabila berlawak dan mendapat duit, itu sudah jadi kerja dan tanggungjawab. Mungkin ada yang berfikir, sama ada buat lawak elok atau tak, orang bayar juga. Ya, berhenti dari TV3 pun, dapat duit juga. Jadi ada isu ikhlas tak ikhlas di situ. Komen Lan?


Terbaik soalan itu. Lan Pet Pet ketika menghiburkan anak yatim, orang tua-tua, anak cacat, tak pernah mengambil bayaran. Memang orang nak bagi token, tapi saya ambil. Saya hanya fikir, mereka perlukan seseorang untuk menceriakan mereka.



Kadangkala kita buat bukan untuk duit. Katakan dalam kalangan mereka, ada yang sakit, stres, tension dan mahu berhibur, jadi kita kena alert apa-apa yang mereka mahu. Kita kena tahu show ini jenis apa, untuk siapa, nasihat dan mesej apa yang perlu dimasukkan.



Sekarang ini, saya banyak dipanggil untuk buat show anjuran badan kerajaan. Dalam masa terdekat, saya terlibat dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Saya menyertai MDeC (Multimedia Development Corporation). Saya rasa seronok bekerjasama dengan mereka.



Mereka seperti memungut saya dari tepi jalan untuk menyertai mereka. Banyak aspek multimedia yang saya belajar. Penggunaan WhatsApp, YouTube dan banyak aplikasi lain, sebenarnya banyak membantu menjana pendapatan. Saya rasa seronoknya belajar. Saya tak sekolah tinggi, tapi Allah SWT beri rezeki kepada saya. Syukurlah!




Walaupun bidang lawak dianggap ringan tapi Lan berpeluang berjumpa ramai orang, komen?


Ya, dapat bersalam dengan macam-macam jenis orang. Saya sebenarnya ikut stail bapak saya. Pandai dalam PR (public relations). Abang dan kawan-kawan abang selalu cakap, saya seperti arwah bapak. PR yang buat kita jadi bagus dan terus bagus. Banyak orang mahu menegur kerana cara kita.



Bapak saya pesara operator Telekom, katanya “Lan, bercakap kena naik. Hati dan mulut kena serentak. Jangan cakap begini tapi hati begitu. Layan peminat kena baik.”



Mak pula kalau duduk saja-saja akan menyuruh saya membaca ayat itu ini. Setiap kali balik kampung, dia suruh pergi berjumpa orang itu ini. Dia bagi banyak nasihat, cara berjalan, naik pentas, intro harus bagi salam dan pelbagai lagi.



A photo posted by Lanpetpet Lan (@lanpetpet) on


Bagaimana Lan mencari idea setiap kali berlawak?


Selalunya datang spontan. Apa pun harus 'advanced'kan diri. Sesama kita manusia, haruslah ada elemen pembangunan diri. Kita mungkin ingat kita hanya berlawak, tetapi berlawak jangan kosong, harus ada ilmu. Itu yang saya pegang, sejak Datuk Fadzilah beritahu begitu.



Saya pernah pergi umrah bersama-sama Datuk Fadzilah, dia hairan, “Betulkah Lan jadi mutawif?” Ada jemaah kata, “Kami ingat Lan pandai berlawak di TV saja.”



Betul seperti kata arwah bapak, hanya orang tertentu sahaja tahu saya ini bagaimana. Terima kasih kepada Ustaz Zawawi. Sejak menyertai kelasnya, Allah SWT buka hati saya.



Dahulu saya takut nak pergi umrah tapi Allah SWT buka hati saya selepas saya masuk kelasnya. Pelawak atau apa-apa sahaja, harus berilmu dan beri nasihat yang membawa ke arah pembentukan diri. Yang penting, ilmu. Tinggal di dunia ini pun kena cari ilmu. Hidup harus seimbang. Tak boleh serius sangat. Kena selalu positif.


A photo posted by RubyCheWan (@rubychewan) on


Sekarang ini, Lan mahu berlawak dengan menyelitkan elemen modal pembangunan insan?


Ya, pembinaan modal insan itu yang ingin saya fokuskan sekarang. Saya ikut pesanan ustaz. Tetapi saya bimbang, bolehkah jadi penceramah? Saya beritahu ustaz, saya mengaji Al-Quran pun tak habis. Kata ustaz, “Perlahan-lahanlah, Allah SWT akan buka hati Lan. Sekarang pun Allah SWT sudah buka hati Lan.”



Ada mak cik menangis berjumpa saya, katanya, “Hang sorang saja yang boleh buat aku ketawa, buat orang kampung hang yang lumpuh berjalan, budak demam hang buat lawak jampi merapu cakap Siam, prung prang prung prang, sihat dia.” Seorang sahabat di Pulau Pinang beritahu, bapa mentuanya yang lumpuh boleh berjalan. Saya pun tak percaya, “Biaq betui?”



Ya, saya rasa gifted, jadi saya mesti jaga dan tak boleh buat main-main.


Lan Pet Pet dengan identiti bunyi trompetnya, boleh ceritakan sedikit?


Dengan bunyi trompet itu, saya kaitkan dengan pelbagai aspek. Orang pernah tanya, kenapa saya kurus, hisap dadah ke? Saya jawab, saya bekerja macam komputer, cari bahan bagus, tidur sedikit, banyak rujukan, baca buku, YouTube, Surah Yassin, Surah Al-Baqarah, Surah Al-Kahfi dan sebagainya.



Orang kata, saya lain daripada yang lain. Saya sejak dulu memang lain. Memang saya pelik dan lain daripada yang lain. Apabila sebut bunyi, saya teringat sesuatu. Saya teringat cerita, Rasulullah SAW pernah bertanya sahabat, percayakah tentang hari kiamat? Abu Bakar As-Siddiq percaya.



Kiamat itu ada kaitan dengan trompet. Saya terfikir, ini berkaitan tiupan. Kalau ada mana-mana syarikat insurans boleh cover tiupan saya ini, saya sanggup ambil. Kalau ditakdirkan suatu hari nanti, saya tak boleh buat bunyi ini lagi, boleh tak pihak insurans bayar saya? Maksudnya, kalau saya tak boleh buat bunyi ini lagi, mungkin Allah SWT sudah tarik rezeki yang satu itu?



Orang mungkin kata, Lan gila-gila tapi di sebalik gila-gila dia, dia ada ilmu atau tidak? Saya belajar ilmu tentang kapal, kapal terbang, sampai orang terkejut. Saya suka tengok National Geographic dan Sejarah. Kalau orang dalam bidang itu mendengar, mereka tahu saya bercakap betul. Apabila jadi role model, bahan yang kita pegang, jangan berhenti. Orang tahu apabila dia bercakap, dia ada fakta dan bukan main- main.



A photo posted by RubyCheWan (@rubychewan) on


Bila masanya Lan serius?


Masa tidur. Hahahah! Masa tidur, kalau meleleh air liur basi, saya tak tahulah. Saya fikir begini, hidup di dunia, mesti ada guide line. Nak atau tidak? Sesuai atau tidak? Apa pun, life goes on. Everything’s gonna be alright. Dalam hidup, apa perkara yang tidak boleh dibuat? Mesti kata, yes, I can do it! Kalau orang kata tak boleh, saya selalu kata, boleh! Kalau tak boleh, mengapa? Sebab pengalaman atau apa?



Apa benda yang hang sudah lalui yang buat hang rasa tak boleh? Apa yang sudah dibuat selama hidup 47 tahun (ini usia sayalah) yang buat hang rasa tak boleh?



Kadangkala apabila saya kata begitu, mereka balas semula, “Betul Lan, hang cakap macam tu buat rasa terhentak hati.”



Kita tak boleh buat lawak kosong. Kena belajar walaupun bukan bidang kita, walaupun kita hadir sebagai pelawak sahaja. Apabila pihak multimedia ambil saya dan bimbing saya, mereka kata, saya tak pandai ambil kesempatan. Saya kata kepada mereka, “Saya seperti hangpa juga, makhluk bernyawa. Kalau saya buat lawak, orang suka. Tapi ada satu masa yang saya tak tahu... apabila saya mati, ketika mayat saya dimandikan, dikafankan sehingga dibawa ke liang lahad, saya tak tahu adakah ketika itu orang akan terus suka saya.”



Pernahkah kita terfikir hal ini? Tengok sahaja ketika Allahyarham P. Ramlee meninggal, sampai ke liang lahad orang ikut mengiringi. Masa itu, orang tahu apa-apa yang kita buat sama ada beri kesan atau tidak. Sebab itu hidup saya di dunia, hanya mahu berjasa.


A photo posted by RubyCheWan (@rubychewan) on


Sekarang pasaran komedian sedang melonjak. ASTRO juga sudah ada banyak saluran komedi. Banyak saluran untuk ketengahkan bakat. Adakah apa-apa yang ada ini sudah okey, patut diperbaiki, atau asal buat sajalah?



Lagi banyak program lawak, lagi saya suka. Pelawak bukan saja berlawak. Contohnya, program 'Ana Tanya Anta Jawab', program itu tak stres. Cuba kita ingat waktu kita sekolah dahulu, kita suka cikgu yang pandai berlawak atau cikgu garang? Tentulah cikgu yang pandai berlawak kerana mesej yang disampaikannya senang masuk. Mesej masuk cepat tetapi jangan lalai!



Dalam belajar, jangan lalai, sedutlah ilmu betul-betul. Zaman belajar dahulu, saya tak pandai tetapi saya banyak rujukan dan pengalaman. Saya pejam mata, dan buka fail dulu-dulu, ingat semula, pernah tak jumpa orang begini, macam mana nak buat karakter begini, point apa, show siapa, siapa idola, saya gabungkan semua sekali. Kata kunci itu perlu ada dan disusun.



Sebab itu, Lan Pet Pet lain daripada yang lain. Dia unik. Apabila saya cakap begini, bunyinya dah takbur. Hahahah. Ketika makan, jangan terlalu kenyang sampai termuntah. Sama macam lawak, jangan over. Arwah Mamu Maidin pernah pesan, berlawak macam memandu kereta. Ada huruf L, learn dan earn, gabungkan jadi learn. L juga ada tiga, jangan jadi loklaq, lucah dan leceh.



Saya pernah berdoa, suatu hari nanti temukanlah saya dengan David Foster (produser yang telah menaikkan banyak bakat di Hollywood). Ya, air tangan David Foster sangat meletup. Kalau jumpa, saya nak buat dia cayaq. Tahu tak, Michael Buble itu asalnya orang susah, Kenny G tukang kasut, Lan Pet penghibur yang hina – maksud saya pelawak yang tahu pet pet pet sahaja – tetapi kalau berjumpa orang yang betul, pasti akan meletup. Hahahaha. InsyaAllah, tapi saya memang hendak jumpa dia.



A photo posted by RubyCheWan (@rubychewan) on


Siapa idola Lan?

Emak bapak saya. Mereka penghibur saya. Guru saya. Pakar motivasi. Pendidik. Dan yang menyusukan saya. Saya tak boleh sebut tentang mereka, saya sensitif. Kerana saya tahu kesusahan mereka dulu.


Tokoh penghibur atau pelawak yang disegani?

Tokoh yang paling saya hormati sekarang adalah Nabi Muhammad SAW. Lan Pet Pet ini tak ada apa-apa pun. Sejak kecil, saya memang sangat meminati bidang ini. Saya juga suka mata pelajaran Sejarah. Saya pulun betul-betul sampai cikgu hairan. Saya kata kepada cikgu, “Sejarah buat kita jadi dewasa. Kalau tak ada sejarah, tak adalah cerita si Tanggang.”



Ini pesanan saya, sesiapa yang masih ada emak, tolonglah jaga emak. Doa emak itu sempurna. Saya selalu suruh mak saya doa untuk saya. Setiap kali muncul di TV, saya ulang-ulang, “Mak, saya masuk TV!”, “Mak, depa nak makan laksa...”, “Mak, senyum sikit!”



Pelawak generasi baharu yang buat begitu ialah Abam. Saya usik dia, “Itu macam cara Abang Lan je.” Dia kata, “Saya ambil sikit-sikit Abang Lan.” Pada saya, ambil banyak pun tak mengapa, ini bukan hak saya, hak Allah SWT semua.


A photo posted by RubyCheWan (@rubychewan) on


Komedi sudah bawa Lan merata-rata?

Syukur, alhamdulillah. Kalau nak cerita, nanti orang tak percaya.


Mengenali penghibur veteran, apa yang Lan kutip daripada mereka?

Pernah berbual dengan Allahyarham Datuk Aziz Sattar, katanya, “Kalau ada P. Ramlee, dia akan suka orang macam awak. Awak lebih kurang macam arwah Wahid Satay, hebat atas pentas.” Kata Allahyarham S.Samsudin pula, “Kamu memang terbaik. Masa kamu masuk (Sinaran), aku kata, kamu akan dapat nombor satu. Kamu nombor satu. Rupa-rupanya dapat nombor dua. Tapi tak apa, kamu menang di mata hati peminat.”



Tan Sri SM Salim pula pernah cakap kepada abang saya, “Adik hang bagus. Waktu buat show dengan waktu tak buat show, dia sama sahaja. Aku cukup sayang dengan dia.” Saya katakan kepadanya, “Janganlah puji sangat. Nanti saya gelap mata, saya tampaq Tan Sri.” “Takkan hang nak buat begitu pada aku?” “Manalah tahu, takut saya lupa diri, otak saya ni tak berapa betui sangat.” tau, hang bukan macam tu.”



Arwah Harun Salim Bacik mengatakan saya unik. Begitu juga arwah Din Beramboi, ada beberapa lawak saya yang buat dia ketawa terbahak-bahak. Saya juga suka belajar daripada artis lebih senior seperti Salleh Yaacob.



A photo posted by RubyCheWan (@rubychewan) on


Apa lagi tentang dunia hiburan yang Lan ingin kongsikan?


Seorang magician memerlukan latihan. Komedian juga sama tapi komedian tak boleh lakukan lawak sama berulang kali. Komedian spontan. Komedian mesti berilmu. Komedian sejenis art. Tapi kita orang Islam, dalam buat apa-apa sign, dialog dan lain-lain, perlu ciri-ciri Islamik. Mesti ada homework. Kita berkhidmat kepada orang dengan cara terbaik.



Saya teringat, begitulah arwah bapak saya. Orang datang rumah, kadang-kadang semata-mata mahu minum kopi dengan dia. Apabila saya balik kampung, emak sediakan air kopi sebaldi besar untuk peminat datang bersembang.



Sampai sekarang, apabila balik kampung, budak-budak tunggu depan rumah. Mereka panggil, “Pak Su Lan, nak tangkap gambaq." Budak luar panggil saya Abang Lan. Jadi, kami tahulah sama ada yang datang itu anak orang luar atau orang situ.



Saya juga masih ingat, ketika menyertai audition di Komtar dahulu, ada seorang kakak ini berkata kepada saya, “Tak lama lagi hang akan jadi popular.”



Kakak ini ada anak ramai, mungkin tujuh atau lapan orang. Saya tidak tahu di mana dia sekarang, mungkin anak-anaknya pun sudah besar. Saya teringin sekali hendak bertemu dia.



Masa emak mengandungkan saya, kawannya Bidan Tuk Siah, menyuruh emak letakkan nama Mazlan. Katanya, “Budak ini akan terkenal satu Malaysia.” Jadi, nama itu emak berikan kepada saya. Ketika bantu Ustaz Zawawi membawa jemaah umrah, orang panggil saya Haji Pet Pet. Di dalam bas, apabila siap berpakaian ihram, saya tidak buat lawak. Saya tidak mahu melalaikan orang. Tapi Ustaz Zawawi beritahu, ada jemaah yang letih selepas mengerjakan umrah, apabila melihat saya masuk ke dewan makan, buat mereka bersemangat semula.



Pada saya, yang penting, sebagai penyampai jangan melalaikan. Gelak ketawa hanya sebagai halwa, ubat mengantuk tapi jangan melalaikan.